Kelayakan Euro 2024: Cristiano Ronaldo lebar rekod dunia bantu Portugal kekal rekod 100 peratus

Muzaffar Musa
November 17, 2023 01:59 MYT
LIECHTENSTEIN 0 PORTUGAL 2
Cristiano Ronaldo melebarkan rekod dunia jaringannya di peringkat antarabangsa kepada 128 gol ketika membantu Portugal mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam pusingan kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Leichtenstein 2-0 di Rheinpark Stadion awal pagi tadi.
Selepas pasukan bimbingan Roberto Martinez itu -- yang mengumpulkan mata mmaksimum dalam saingan Kumpulan J -- gagal mendaftarkan sebarang jaringan sepanjang babak pertama, Portugal hampir memecahkan kebuntuan itu dalam beberapa saat pertama babak kedua tetapi percubaan jarak dekat Ronaldo terkena tiang gol.
Bagaimanapun, pemain berusia 38 tahun itu berhasil menambah koleksi jaringan antarabangsanya tidak lama selepas itu apabila menyudahkan umpanan Diogo Jota ke jaring atas lawan.
Joao Cancelo kemudian menambah gol kedua Portugal menjelang sejam permainan menerusi penyudah kemasnya dari sudut sukar sebelum jaringan Joao Felix dibatalkan kerana ofsaid.
Portugal seterusnya akan melengkapkan pusingan kelayakan berkenaan dengan melayani kunjungan Iceland hujung minggu ini.

⚽️ Cancelo x CR7 ⚽️#EURO2024 pic.twitter.com/3Y8XuP6fw7

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) November 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #Portugal #Kelayakan Euro 2024 #Leichtenstein