Kelayakan Euro 2024: Belanda rancang kenduri gol

Shaiful Shamsudin
March 26, 2023 23:12 MYT
Ronald Koeman menyasarkan sebanyak mungkin jaringan dalam pertemuan kelayakan Euro 2024 menentang pasukan kerdil, Gibraltar, awal pagi esok bagi memadam igauan dibelasah Perancis.
Belanda tunduk 0-4 kepada Les Bleus, kelmarin, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, kelayakan Euro 2024 dan perlawanan pertama bagi penggal kedua Koeman mengendalikan pasukan kebangsaan.
Skuad Oranje memiliki ruang untuk bangkit ketika mereka menyambut kunjungan Gibraltar yang menduduki tangga ke-200 dunia di De Kuip, tiga hari selepas kekalahan buruk itu.
Justeru, Koeman mengharapkan satu kemenangan besar.
“Dari minit pertama hingga ke-97 kami harus melakukan segala-galanya untuk menjaringkan sebanyak mungkin gol,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan malam tadi.

??#NothingLikeOranje #NEDGIB pic.twitter.com/o4zjWdHpZZ

— OnsOranje (@OnsOranje) March 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami kena teruskan perjuangan.
"Kami tahu Gibraltar akan bertahan dengan ramai pemain, tetapi mudah-mudahan kami boleh mendapatkan gol pantas. Barisan penyerang kami akan menjadi sangat penting."
Koeman memilih formasi 4-3-3 ketika menentang Perancis dan tatkala tidak menolak merombak kepada sistem 5-3-2 ketika menentang pasukan tertentu, apa pun dia percaya dengan sistem semasa.
"Perlawanan dengan Perancis berlangsung sekali sahaja," katanya.
"Saya tidak menolak bahawa kami sepatutnya melakukan perkara yang berbeza dalam perlawanan terakhir. Ia akan menjadi lebih baik; saya yakin.
"Ia pasti mengambil masa sebelum kita dapat melihat hasilnya. Inilah yang kami sedang lakukan dalam sesi latihan."
#Ronald Koeman #Belanda #Oranje #Kelayakan Euro 2024