Kelayakan Euro 2024: Belanda kesal penyudah kurang klinikal sekat hajat kenduri gol

Shaiful Shamsudin
March 28, 2023 00:07 MYT
BELANDA 3 GIBRALTAR 0
Ronald Koeman mengakui Belanda perlu meningkatkan tahap permainan mereka selepas kemenangan tipis 3-0 ke atas Gibraltar dalam kelayakan Euro 2024, sebentar tadi.
Nathan Ake menjaringkan dua gol sementara Memphis Depay turut merobek gawang lawan di De Kuip ketika barisan kendalian Koeman itu meraih kemenangan sulung dalam penggal keduanya sebagai ketua jurulatih selepas bermula dengan rentak sumbang tumpas 0-4 kepada Perancis, tiga hari lalu.
Tiga gol gol yang dilakar skuad Oranje itu dirakam tatkala mereka merekodkan 50 percubaan dan 101 sentuhan di kotak penalti pelawat -- jumlah tertinggi dalam mana-mana perlawanan lain sejak data Opta mula dikumpul pada Ogos 2013.
Justeru, Koeman kecewa dengan anak buahnya yang kekurangan dalam aspek penyudah klinikal.
"Jaringan kami pada malam ini tidak memadai," katanya kepada NOS.

5 - Memphis Depay is only the third player this century to score 5+ goals for @OnsOranje against a specific opponent, after Robin van Persie (6 against Hungary) and Klaas Jan Huntelaar (5 against San Marino). Favourites. pic.twitter.com/VzlHfzt1lB

— OptaJohan (@OptaJohan) March 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Lawan jelas tidak memberi kerjasama tetapi kadangkala kami terlalu gopoh.
"Sejak awal, kami tidak tepat dan kami tidak mempunyai rentak untuk mencipta peluang yang menarik dan bagus. Baiklah, terdapat banyak halangan tetapi dengan ketajaman penyudah yang lebih baik, kami berpeluang meledak lebih banyak gol.
"Perlawanan dan keputusan menentang Perancis tidak bagus. Sekarang kami mula mencipta rentak kemenangan jadi keputusan ini masuk akal. Tetapi secara keseluruhannya, jumlah jaringan perlawanan ini terlalu rendah.
"Aspek seperti penguasan permainan, hantaran, berada di kedudukan yang tepat baik sebagai pemain sayap mahupun pertahanan benar-benar perlu diperbaiki.
"Tahap bola sepak kami harus ditingkatkan."
#Memphis Depay #Belanda #Kelayakan Euro 2024