Kelab terkemuka Korea, Gwangju bina rakan strategik bersama KL City

Najmi Iman
October 26, 2024 16:45 MYT
Selepas perlawanan bertemu juara 10 kali Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), dalam pertemuan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Selasa lalu, Gwangju mengumumkan rangkaian kerjasama bersama sebuah kelab di Malaysia iaitu Kuala Lumpur City.
Perkara itu disahkan oleh Gwangju dalam satu kenyataan menerusi laman Instagramnya sebagai rakan strategik terbaru pasukan itu.
Hala tuju perjanjian antarabangsa tersebut ialah demi pembangunan bola sepak di antara kedua-dua pasukan dan menyokong antara satu sama lain bagi setiap aspek terutamanya meningkatkan prestasi pasukan.
Sokongan teknikal dan pertukaran individu dalam bidang kejurulatihan atau pengurusan menjadi faktor penting dalam agenda tersebut.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Gwangju #Kuala Lumpur City
;