Kelab ini diurus sesuka hati -- Penyokong Selangor
Saufi Tahir
December 1, 2024 07:55 MYT
December 1, 2024 07:55 MYT
Penyokong Selangor menyifatkan pihak pengurusan yang menguruskan pasukan kesayangan mereka itu sebagai 'tidak konsisten' selepas berlangsungnya sesi dialog bersama penyokong minggu lalu.
Menerusi satu hantaran yang tular di laman X, mereka beranggapan beberapa pertanyaan yang diajukan kepada pihak pengurusan menimbulkan tanda tanya terutamanya mengenai pengunduran bekas jurulatih iaitu Nidzam Jamil.
APA SETERUSNYA?? NEXT?? CEO?? Baca dan terpulang pada penilaian anda. Yang pasti melalui media sosial, Team Pengurusan telah menilai ciapan anda semua. Jaga-jaga Terus ke link tersebut untuk penilaian intipati Townhall SFC bersama penyokong.https://t.co/amcsbdYNbM pic.twitter.com/Lza9xToc0H
— ultra Selangor (@ultraSel_) November 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Rumusan Intipati Townhall SFC bersama Penyokong; "Cubaan memperbodohkan orang ramai -Bagaimana Pengerusi Jawatankuasa Teknikal kata NJ tidak perlu bayar pampasan, sebaliknya pula CEO mengesahkan ada bayar pampasan kepada NJ.
"Mujur video perbualan NJ didedahkan kalau tidak entah apa lagi disorok. Disini Tiada Kejujuran -Ciapan media sosial diambil sebagai majoriti penyokong, kenapa tidak buat townhall sebelum keputusan dikeluarkan sekadar cipta alasan seolah berpunca daripada Penyokong.
"Keputusan "double standard" berkait situasi yang sama (TCH dan NJ) akan menimbulkan "The Precedent Set Is Questionable" masa hadapan kerana ini adalah set yang ditetapkan pengurusan.
"Jadi selepas ini boleh lah Tak perform? Tak boleh terima tekanan? Tak suka penyokong? Tidak apa, boleh letak jawatan, and this is your pocket money to survive or to shut your mouth?
"Realitinya kelab ini akan diurus sesuka hati dengan keputusan yang tidak konsisten kerana ianya lebih populis." katanya dalam satu kenyataan.
The Red Giants akan meneruskan kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) berdepan Cebu, Khamis ini selepas disingkirkan Sri Pahang dalam aksi Piala Malaysia 2024 malam tadi.