Kejohanan Wimbledon: Nadal lepasi ujian Centre Court

Ammar Hakim
July 1, 2022 02:15 MYT
Rafael Nadal melepasi ujian awal yang kedua dalam saingan Kejohanan Wimbledon selepas memerlukan empat set sebelum mengatasi Ricardas Berankis semalam.
Seperti aksi pembukaan ketika bertemu Francisco Cerundolo, Nadal kehilangan set ketiga dalam perlawanan itu, namun berjaya menemui rentak semula, dua hari berikutnya, untuk menamatkan perlawanan dalam empat set.
Juara Terbuka Australia dan Perancis. Nadal, merekodkan kemenangan ke-16 berturut-turut dalam saingan grand slam, dan terdapat ruang yang perlu diperbaiki bagi saingan gelanggang rumput selepas kurang persiapan yang dilakukan ekoran kecederaan kaki sebelum ini.
Selepas tamat perlawanan, Nadal berkata, "Setiap hari adalah satu cabaran. Itulah hakikatnya. Saya tidak banyak bermain di atas rumput dalam tiga tahun lepas. Saya perlu memperbaiki diri, tetapi saya fikir set keempat adalah lebih baik. Saya fikir ia adalah tahap tenis yang baik dalam set itu dan servis berfungsi dengan lebih baik pada penghujung perlawanan dan saya dapat bermain lebih agresif, manakala pada permulaan terdapat terlalu banyak kesilapan.
"Adalah penting bagi saya untuk menerima perkara yang tidak sempurna dan hanya terus bekerja, merendah diri dan menerima cabaran."

16 - Rafael #Nadal has won 16+ matches in a row in Grand Slam tournaments for the third time in his career, after having done so between Roland Garros 2010 - Australian Open 2011 (25 wins) and Roland Garros 2008 - US Open 2008 (19 wins). Superb.#Wimbledon2022 pic.twitter.com/8aYuiBzcT4

— OptaAce (@OptaAce) June 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tennis #Rafael Nadal #ATP #Grand Slams #Wimbledon #Ricardas Berankis #Martina Navratilova