Kejohanan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan tarik perhatian atlet cilik


July 21, 2024 17:35 MYT
Ditubuhkan sejak 21 tahun yang lalu, Persekutuan Lompat Tali Malaysia menjadi badan utama yang menaikkan sukan itu di dalam negara.

Penganjuran Lompat Tali wajar diaktifkan semula dan pertandingan ini akan melibatkan seluruh negeri di Malaysia!?#NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/olRTLMuoUy

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan Kejohanan Lompat Tali Terbuka Anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berlangsung hari ini menjadi titik penting untuk meraikan sukan itu.
Pertandingan yang melibatkan atlet berusia bermula 12 hingga 40 tahun itu menampilkan dua kategori iaitu prestasi tinggi dan juga berirama.
Walaupun ia adalah sukan yang berasaskan hobi kita semua ketika zaman kecil, namun atlet-atlet itu membuktikan aktiviti lompat tali seperti ini mampu dijadikan sebagai sukan berprestasi tinggi.
Hannah turut mengambil kesempatan dalam kejohanan itu untuk menyerahkan bendera kepada kontijen lompat tali Malaysia yang akan bertanding di peringkat antarabangsa tahun ini.
#KBS