Kejohanan Badminton Remaja Dunia: Lagu Negaraku berkumandang di bumi Nanchang

Ammar Hakim
October 13, 2024 19:09 MYT
Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Kang Khi Xing, muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia apabila mengatasi wakil tuan rumah, Ke Yuan-Lin Xiang Yi di Nanchang, China sebentar tadi.
Dalam perjalanan ke final, Aaron-Khai Xing mengatasi gandingan China, Chen Yong Rui-Chen Zhe Han 21-18, 10-21, 21-15 dalam tempoh 58 minit.
Beregu negara itu menampilkan kualiti permainan yang cemerlang dalam set pertama, saling menguji kemampuan sebelum menoktahkan kemenangan 21-18.
Skrip berbeza dalam set kedua apabila Ke Yuan-Lin Xiang Yi menampilkan permainan yang agresif untuk mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 21-15.
Wakil negara sekali lagi ketinggalan dalam set ketiga, bagaimanapun permainan yang lebih tenang membantu mereka untuk mengejar permainan sehingga berjaya mendahului 16-13.
Di sebalik melepaskan tiga kali peluang untuk menoktahkan mata kemenangan, mereka berjaya memastikan kejuaraan dengan kemenangan 21-18.
Untuk rekod, mereka mengulangi kejayaan Nelson Heg-Teo Ee Yi pada 2011 untuk bergelar juara.
#badminton #Kejohanan Badminton Remaja Dunia
;