Kejohanan ASEAN AFF B-19: Malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan, bangkit ikat Thailand

Muzaffar Musa
July 25, 2024 18:05 MYT
MALAYSIA 1 THAILAND 1
Skuad muda negara layak ke separuh akhir Kejohanan ASEAN AFF B-19 selaku juara kumpulan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Thailand 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya sebentar tadi.
Thailand lebih menguasai babak pertama dan berhasil menembusi gawang Malaysia menerusi jaringan Caelan Ryan seawal minit keempat.
Bagaimanapun, Harimau Muda kendalian Juan Torres Garrido mempamerkan aksi luar biasa dalam babak kedua dengan mendominasi hampir keseluruhan permainan dan mendapat sepakan penalti yang disempurnakan G. Pavithran pada minit ke-51.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia muncul juara kumpulan dengan tujuh mata dan mengatasi Thailand dengan perbezaan jaringan.
Harimau Muda seterusnya akan berdepan tuan rumah, Indonesia, bagi penentuan ke final di venue sama pada Sabtu ini.
#bola sepak #Thailand #Malaysia #Harimau Muda #Kejohanan ASEAN AFF B-19