Ammar Hakim
Thu May 25 2023
Pep Guardiola percaya ketidakadilan yang dilihat dalam jaringan Erling Haaland yang tidak dibenarkan dalam keputusan seri 1-1 di Brighton Rabu lalu membuktikan Manchester City adalah juara Liga Perdana Inggeris atas merit mereka sendiri.
Penjaring terbanyak City, Haaland kelihatan telah meraih kemenangan di penghujung permainan di Stadium Amex tetapi tandukannya dari jarak dekat hasil hantaran lintang Cole Palmer telah dibatalakan selepas VAR menunjukkan penyerang itu menarik jersi Levi Colwill.
Pengendali City itu mendakwa Haaland telah mengalami sentuhan fizikal yang sama daripada pemain pertahanan sepanjang musim dan berasakan insiden itu menunjukkan pasukannya tidak mendapat manfaat daripada pengadil dalam usaha memburu kejuaraan.
"Jika ia tidak dibenarkan, setiap tindakan kepada Erling Haaland oleh semua pertahanan tengah adalah satu kesalahan," katanya.
“Setiap tindakan. Dan kami melihat satu atau dua (pada hari Rabu).
“Ia gol kerana dia lebih besar, dia lebih kuat, dia memenangi kedudukan itu (daripada Colwill) dan ia adalah aksi yang luar biasa daripada Cole Palmer dan gol itu harus diberikan.
“Tetapi itu membuktikan bahawa apa yang kami menang di atas padang adalah milik kami, tidak ada sesiapa yang memberi kami apa-apa.
“Dia mempunyai lebam di seluruh badannya selepas perlawanan. Jika dia melakukan kesalahan dalam gol yang tidak dibenarkan, setiap tindakan kepadanya adalah kesalahan dan tidak pernah berlaku."
Piala FA Inggeris: Pochettino tidak mahu anak buah pandang rendah kemampuan City
Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino, memberi amaran kepada anak buahnya untuk tidak mengambil mudah tentangan Manchester City menjelang perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris malam ini.
Piala FA Inggeris: Cole Palmer tidak perlu bukti apa-apa kepada Man City
Mauricio Pochettino percaya penyerang Chelsea, Cole Palmer, akan mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris bertemu Manchester City malam ini tanpa apa-apa untuk dibuktikan kepada bekas majikannya, menegaskan dia adalah pengurus yang tepat untuk membantu pemain berusia 21 tahun itu meneruskan peningkatan yang menakjubkan.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Penyerang sensasi, Erling Haaland, dijangka bakal terlepas aksi Piala FA Inggeris bertemu Chelsea awal pagi esok.
EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal
MANCHESTER CITY 5-1 LUTON TOWN
Saya perlukan rehat -- Rodri penat dengan jadual padat Manchester City
Perancang tengah Manchester City, Rodri, mengakui dia memerlukan rehat di tengah kerancakkan Manchester City yang sedang mengejar gelaran 'treble' kedua buat kali kedua berturut-turut.
Phil Foden pemain muda paling berbakat
Jaringan yang menakjubkan daripada pemain kebangsaan England itu membuatkan Stadium Bernabeu terdiam dan terpaku, sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa dia patut menjadi antara pilihan untuk pemenang anugerah paling besar dalam pentas FIFA, ‘Ballon d’Or’ 2024.
Telahan Roy Keane kembali hantui Erling Haaland
Antonio Rudiger melakukan tugas yang baik mengawal Erling Haaland untuk ‘sekali lagi’ mengiyakan penjelasan Roy Keane sebelum ini terhadap pemain itu ketika Manchester City bertandang ke Real Madrid awal pagi semalam.
Kami lebih stabil -- Pep Guardiola puji kemajuan City di Eropah
Pengurus Manchester City, Pep, Guardiola, memuji watak setiap pemain dalam pasukannya selepas juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) itu melakar keputusan seri 3-3 yang mendebarkan ketika berdepan pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid, awal pagi tadi.
EPL: De Bruyne pemain terbaik dalam sejarah Manchester City
Ketua Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, memuji Kevin De Bruyne sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah Manchester City selepas pemain Belgium itu menjaringkan dua jaringan gol dalam kemenangan 4-2 mereka ketika bertemu Crystal Palace.
Liverpool perlu bermain baik untuk atasi Man United -- Jurgen Klopp
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menuju ke Old Trafford kerana mengetahui bukan sahaja pasukannya perlu memperbetulkan kesilapan kekalahan Piala FA bulan lalu tetapi juga mengelak tergelincir yang akhirnya menyebabkan mereka kehilangan kejuaraan lima tahun lalu.
Des Buckingham feels heavy schedule caught up with Oxford
Pep Guardiola says Cole Palmer is one of the players of the season
Mauricio Pochettino not expecting a vulnerable Man City in FA Cup semi-final
City were knocked out of the Champions League in midweek.
Juventus hit back from two goals down to salvage a draw at Cagliari
Raith Rovers keep unlikely title bid alive with narrow victory at Inverness
.
Oxford frustrated in play-off push as Stevenage force draw
.
Former Wales winger Leighton James dies, aged 71
Emma Hayes: Chelsea not overthinking semi-final against ‘world-class’ Barcelona
England stars out cheaply as Dukes ball returns to County Championship
Emma Raducanu’s run at Stuttgart Open ended by world number one Iga Swiatek