Legenda bola sepak England, David Beckham, menganggap kejayaan Manchester United menjuarai Liga Europa bukan sekadar sebuah kejayaan dalam bidang sukan.

Beckham menjelaskan kemenangan itu dianggap sebuah kegembiraan yang tiba tepat pada masanya.

Aksi final pada awal pagi tadi dibayangi insiden serangan pengganas di Manchester Arena yang menyebabkan kematian 22 orang serta puluhan mangsa yang cedera.

Beckham, yang menyarung jersi skuad Red Devils dari tahun 1992 hingga 2003, menulis menerusi laman sosial Instagram dengan berkata, “Malam ini adalah sesuatu yang lebih penting daripada sekadar sukan.

“Satu malam yang besar buat Manchester United tetapi lebih bermakna buat bandar Manchester dan negara,”

"Kejayaan ini hadir dalam masa ada keluarga yang sedang meratapi pemergian orang yang disayangi dan memberikan sedikit kegembiraan buat mereka,”

Kejayaan United memenangi Liga Europa bermaksud mereka layak untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.