Kejayaan ini bukan hanya nasib -- Ramos
Penulis Jemputan
June 4, 2017 10:00 MYT
June 4, 2017 10:00 MYT
Pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, menerangkan bahawa kejayaan menjuarai final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) untuk dua musim berturut-turut bukanlah satu perkara yang hanya disebabkan nasib semata-mata.
Kapten Madrid itu merayakan pingat UCL ketiga dalam masa empat tahun selepas menewaskan Juventus yang beraksi dengan 10 pemain selepas Juan Cuadrado dibuang padang.
Skuad kendalian Zinedine Zidane itu menjadi pasukan pertama menjuarai UCL secara berturut-turut sejak diperkenalkan pada tahun 1992, selepas AC Milan menjadi pasukan terakhir yang melakukannya pada tahun 1990 ketika ia masih dikenali dengan nama Piala Eropah.
Bagi Ramos, kejayaan itu adalah satu sejarah yang akan diingati semua penyokong Madrid dan juga peminat bola sepak.
“Ini adalah hari bersejarah, kami melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pasukan lain,” kata Ramos.
“Kejayaan ini bukan sesuatu yang tidak disengajakan,” tambahnya.
“Kami benar-benar berbangga dengan pasukan ini dan kami tahu apa yang perlu dilakukan untuk memenangi perlawanan,” ujar Ramos.