REAL MADRID 0 REAL BETIS 1
Jaringan pada minit akhir oleh penyerang muda, Antonio Sanabria, menyaksikan Real Madrid terpaksa menanggung kekalahan pertama musim ini selepas tewas 1-0 dalam aksi di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Skuad Los Blancos sebelum ini mencatat dua kemenangan dan dua seri, sekaligus perlu menumbangkan Real Betis bagi merapatkan jurang mata dengan pendahulu, Barcelona.
Bagaimanapun, tuan rumah dikejutkan dengan asakan awal Sanabria yang bijak memperdayakan Sergio Ramos untuk melepaskan rembatan ke arah pintu gol Madrid menewaskan penjaga gol, Keylor Navas, namun sempat dikeluarkan di atas garisan gol oleh Daniel Carvajal.
Kehadiran semula bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, yang kembali daripada penggantungan sebelum ini jelas memberikan masalah buat benteng pelawat, namun penjaga gol Real Betis, Antonio Adan, tangkas menafikan percubaan tuan rumah.
Adan, yang merupakan produk skuad pembangunan Madrid, terus menghampakan serangan tuan rumah apabila menafikan percubaan kaki kiri Isco pada minit ke-41.
Pemain kebangsaan Wales, Gareth Bale, hampir memecah kebuntuan pada minit ke-74 apabila bijak menggunakan bahagian tumit untuk menguis bola hantaran Carvajal dari sebelah kanan, namun Adan sekali lagi menjadi penghalang utama buat Madrid daripada meraih gol.
Tatkala permainan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, Sanabria muncul selaku pemusnah apabila melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola hantaran Antonio Barragan menewaskan Navas.
Keputusan tamat dengan Los Blancos tewas 0-1 yang meletakkan juara bertahan itu kini berada di tangga ketujuh liga dengan lapan mata.
Penulis Jemputan
Thu Sep 21 2017


Benzema: Saya gembira kekal Real Madrid
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, telah mengetepikan khabar angin yang mendakwa dia hampir bersetuju untuk berpindah ke Arab Saudi.

LaLiga: Tidak gentar bersuara, Vinicius pemain wajar diraikan -- Willian
Willian mencadangkan Vinicius Junior mungkin tidak berasakan ia berbaloi untuk kekal di Real Madrid selepas menerima penderaan perkauman, mengatakan pemain sayap Brazil itu harus 'diraikan, bukan ditoleransi'.

LaLiga: Real Madrid fail aduan insiden perkauman ke atas Vinicius Junior
Real Madrid berkata ejekan perkauman yang ditujukan kepada Vinicus Junior merupakan satu "jenayah kebencian" dan telah memfailkan laporan kepada Pejabat Peguam Negara Sepanyol.

Isu perkauman 'perkara biasa' di LaLiga -- Vinicius Jr
Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior, berkata isu perkauman 'perkara biasa' di LaLiga selepas didakwa dicemuh ketika perlawanan bertemu Valencia.

UCL: Guardiola puas Manchester City lunas dendam ke atas Real Madrid
Pep Guardiola berkata rasa sakit sewaktu disingkirkan dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu telah mendorong Manchester City untuk mara ke final edisi ini dengan kemenangan bergaya ke atas Real Madrid awal pagi tadi.

UCL: Manchester City pamer kelas tersendiri belasah Real Madrid untuk ke final
Bernardo Silva menjaringkan dua gol dalam babak pertama ketika Manchester City mempamerkan aksi di kelas tersendiri membenam juara bertahan, Real Madrid, 4-0 untuk ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

UCL: Masalah pengangkutan ganggu Real Madrid
Real Madrid mahu mengetepikan isu kelewatan di lapangan terbang untuk tiba di Stadium Etihad dalam suasana santai menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) menentang Manchester City.

LaLiga: Gol tunggal Asensio bantu Real Madrid menang tipis ke atas Getafe
Gol Marco Asensio dari jarak 20 ela membantu Real Madrid memperoleh kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan di kelompok bawahan LaLiga, Getafe, awal pagi tadi.

EPL: City lebih fokus aksi lawan Everton berbanding separuh akhir UCL -- Guardiola
Pep Guardiola menegaskan bahawa Manchester City akan memberikan fokus sepenuhnya kepada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton malam esok walaupun mereka akan menghadapi Real Madrid dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Real Madrid tiada gentar ke Stadium Etihad -- Dani Carvajal
Dani Carvajal menegaskan Real Madrid tidak perlu gentar untuk bertandang ke Stadium Etihad bagi perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) minggu depan.

Umpire Sue Redfern makes Blast history as Gloucestershire brush aside Middlesex
Redfern is the first female umpire to officiate on-field in a Vitality Blast fixture.

Joe Root cannot wait to perform in Ashes without burden of captaincy
Root has skippered England in the past three Ashes series, but hit 460 runs without the captaincy in 2015.

'When's it going to stop?' – Ref Support chief calls for end to 'silent' response to officials abuse
With ongoing issues surrounding the treatment of referees and match officials, Ref Support chief Martin Cassidy called for more action.

Huge blow for England with spinner Jack Leach ruled out of Ashes
Leach experienced low back symptoms during England’s win over Ireland at Lord’s.

Fred is yet to talk to Erik ten Hag about future at Manchester United
The Brazil international has played 35 times in the Premier League this season.

Rodri insists Man City have learned from past failures in Champions League
Europe’s top competition is the only major honour the club has yet to land.

Northern Ireland’s Tom McKibbin wins first DP World Tour title after fine finish
The 20-year-old finished two shots clear at the Porsche European Open in Hamburg.

Luke McCowan signs new two-year deal with promoted Dundee
The 25-year-old midfielder joined the club from Ayr two years ago.

Russian and Belarusian players seeking UK visas for Wimbledon experience delays
Longer processing times could see stars forced to miss the tournament.

Verstappen wins Spanish GP as Hamilton and Russell make podium
The Dutchman led all 66 laps at Barcelona’s Circuit de Catalunya to register his fifth victory of the season.