Kehadiran penyokong suntik semangat Harimau Malaya di New Zealand

Ammar Hakim
October 12, 2024 17:52 MYT
Kehadiran penyokong Harimau Malaya terdiri daripada rakyat Malaysia di New Zealand sedikit sebanyak meningkatkan semangat barisan pemain negara membuat persiapan rapi menjelang aksi persahabatan bertemu New Zealand Isnin ini.
Skuad negara telah menjalani latihan selama enam hari untuk pertemuan dengan New Zealand kurang dari dua hari lagi.
Selepas merekodkan keputusan seri 1-1 dengan Auckland FC, Malaysia kini bakal berdepan ujian yang lebih penting dengan mata ranking FIFA bakal jadi taruhan.
Menerusi laman X Persatuan Bola Sepak Malaysia, sesi latihan skuad kebangsaan menerima kunjungan rakyat Malaysia di New Zealand dan bakal menyuntik semangat pasukan memburu keputusan positif.

Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti meneruskan hari keenam kem latihan pusat di Auckland, New Zealand dengan sesi latihan terbuka untuk disaksikan oleh penyokong Harimau Malaya terdiri daripada rakyat Malaysia di New Zealand.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/K9TIyEeycE

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #New Zealand #Malaysia
;