Perpindahan Sadio Mane ke Bayern Munich akan menjadi rangsangan bukan sahaja untuk juara Jerman itu tetapi Bundesliga secara keseluruhan, menurut bekas rakan sepasukan penyerang itu, Loris Karius.
Mane bersedia untuk menyertai Bayern selepas kelab kendalian Julian Nagelsmann bersetuju dengan perjanjian GBP35.2 juta untuk menandatangani penyerang dinamik itu minggu lalu.
Pemain antarabangsa Senegal itu, yang telah membantu negaranya merangkul kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (African Nations Cup) dan kelayakan Piala Dunia (World Cup Qualification) serta memenangi dua piala domestik bersama Liverpool pada 2022, hanya berbaki setahun dalam kontraknya di Anfield.
Jurgen Klopp melepaskan Mane, yang menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan pada musim 2021-22, selepas menandatangani penyerang Benfica, Darwin Nunez, minggu lalu.
Karius, yang menyertai Liverpool pada jendela perpindahan 2016 yang sama dengan Mane, percaya pemain berusia 30 tahun itu tidak akan menghadapi masalah untuk menetap di Allianz Arena.
“Ia akan menjadi perpindahan yang gila untuk Bayern, kerana dia adalah salah seorang pemain terbaik di Liverpool,” kata penjaga gol itu kepada Sky Sports di Jerman.
"Jika Bayern Munich berjaya menandatangani seseorang seperti dia, maka anda hanya boleh mengucapkan tahniah kepada mereka dan Bundesliga juga. Ia akan menjadi bintang lain dalam liga, jadi saya sangat gembira untuk Bundesliga.
"Sadio Mane sangat pendiam, sangat rendah hati. Dia juga bercakap sedikit bahasa Jerman dari zamannya di [RB] Salzburg. Saya sentiasa bergaul dengannya, sebenarnya semua orang. Sekiranya dia datang ke Jerman, dia menang tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyesuaikan diri."
Ammar Hakim
Tue Jun 21 2022
PSG bakal berdepan kesukaran kekalkan khidmat Mbappe
Thierry Henry memberi amaran Paris Saint-Germain akan bergelut untuk mengekalkan Kylian Mbappe dan menggesa kelab itu memikirkan semula strategi perpindahan mereka selepas satu lagi penyingkiran Liga Juara-Juara yang mengecewakan.
UCL: Choupo bantu Bayern singkir PSG
Eric Maxim Choupo-Moting menghantui bekas pasukan Paris Saint-Germain ketika Bayern Munich mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 yang memastikan kemenangan agregat 3-0.
Mane dinobat Pemain Terbaik Afrika 2022
Sadio Mane telah dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik untuk 2022, mengetepikan saingan daripada bekas rakan sepasukan Liverpool, Mohamed Salah dan Edouard Mendy dari Chelsea pada anugerah CAF semalam.
Pintu Bayern sentiasa terbuka buat Lewandowski -- Klinsmann
Jurgen Klinsmann melabel Robert Lewandowski sebagai legenda untuk Bayern Munich selepas perpindahannya ke Barcelona, sementara dia tidak meragui juara Bundesliga itu akan mengalu-alukan penyerang itu kembali.
Juventus sudah bersedia jika De Ligt berhijrah -- Allegri
Massimiliano Allegri menegaskan Juventus 'akan bersedia' jika pemain pertahanan, Matthijs de Ligt, berhijrah ke Bayern Munich, kerana dia mendedahkan perbincangan sedang berjalan mengenai perpindahan pemain antarabangsa Belanda itu.
Lewandowski lapor diri ujian kecergasan Bayern
Robert Lewandowski kembali bertugas di Bayern Munich ketika pemain sasaran Barcelona itu muncul untuk ujian kecergasan pramusim semalam.
Tiada sebab Liverpool perlu bimbang -- Klopp
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan The Reds mesti teruja dan bukannya bimbang tentang prospek musim baharu, walaupun Sadio Mane sudah berhijrah.
Olic terkejut Lewandowski mahu tinggalkan Bayern
Bekas penyerang Bayern Munich, Ivica Olic, mengakui dia 'terkejut' dengan penyerang yang mahukan meninggalkan The Bavarians, Robert Lewandowski.
Kedatangan Mane ke Bayern lonjak mutu Bundesliga
Perpindahan Sadio Mane ke Bayern Munich akan menjadi rangsangan bukan sahaja untuk juara Jerman itu tetapi Bundesliga secara keseluruhan, menurut bekas rakan sepasukan penyerang itu, Loris Karius.
Flick banyak kongsi pengalaman sebagai jurulatih -- Klose
Miroslav Klose menunjukkan pengaruh Hansi Flick pada karier barunya ketika pemecah rekod Piala Dunia itu memulakan tugas pertamanya sebagai ketua jurulatih.
Australian Open: Badosa stuns Gauff to reach maiden major semi-final
Badosa shocks Gauff to reach semis
West Ham's Cornet completes Genoa loan switch
Cornet joins Genoa on loan
'How many times did he save us?' - Maresca defends Sanchez after Wolves error
Maresca defends Sanchez after error
Sahin aiming to rectify Bundesliga woes with Champions League win
Sahin looking for response
Chelsea 3-1 Wolves: Maresca's side return to top four after ending winless streak
Report: Chelsea 3-1 Wolves
Leverkusen's Champions League clash at Atletico a must-win, says Alonso
Alonso: We must beat Atletico
Motta hails Juve youngsters ahead of Brugge clash
Motta hails Juventus youngsters
Barcelona boss Flick plays down Champions League title talk
Flick focused only on Benfica
Carragher: Amorim's Man United comments 'bizarre and ridiculous'
Carragher: Amorim comments bizarre
'Far too early' to say Liverpool are best in the world, says Slot
Slot responds to Frank compliment