Keadaan Van der Sar 'stabil tetapi masih membimbangkan'

Ammar Hakim
July 9, 2023 00:44 MYT
Keadaan bekas penjaga gol Belanda dan Manchester United, Edwin van der Sar, kekal stabil namun 'masih membimbangkan' selepas mengalami pendarahan otak.
Bekas pemain berusia 52 tahun itu dimasukkan ke rawatan rapi pada hari Jumaat dan keluarganya telah melahirkan rasa terima kasih atas mesej sokongan yang mereka terima.

Edwin van der Sar will remain in intensive care for the time being. His condition is stable but still concerning. Ajax shares this information on behalf of Annemarie van der Sar, Edwin's wife. The Van der Sar family, along with Ajax, is grateful and deeply touched by the many… pic.twitter.com/4UPRNAnMn6

— AFC Ajax (@AFCAjax) July 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Edwin van der Sar akan kekal dalam rawatan rapi buat masa ini,” kata satu kenyataan oleh Ajax.
“Keadaan beliau stabil tetapi masih membimbangkan. Ajax berkongsi maklumat ini bagi pihak Annemarie van der Sar, isteri Edwin.
“Keluarga Van der Sar, bersama Ajax, bersyukur dan sangat terharu dengan banyak mesej sokongan.”
#Ajax #Edwin van der Sar