Kane bangga makin hampiri rekod Shearer, Rooney

Muzaffar Musa
August 29, 2022 05:06 MYT
Harry Kane meluahkan rasa bangga apabila kini menduduki tangga ketiga senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan dua gol ketika membantu Tottenham menewaskan Nottingham Forest lewat malam tadi.
Kane menjaringkan gol yang ke-200 sepanjang kariernya, hanya selepas lima minit perlawanan di City Ground itu berlangsung, dan walaupun sepakan penaltinya diselamatkan Dean Henderson dalam babak kedua, kapten England itu berhasil menambah satu lagi gol pada lewat permainan untuk memastikan kemenangan 2-0 pasukannya.
Dengan itu, Kane kini sebaris dengan Andy Cole menerusi rekod 187 gol dalam EPL dan hanya Alan Shearer (260) dan Wayne Rooney (208) memiliki rekod lebih baik sepanjang sejarah kejohanan itu.
Kane menyifatkan dua pemain itu sebagai yang terhebat sepanjang zaman dan ia membuatkannya lebih bersemangat untuk memburu lebih banyak gol selepas memacu kemenangan Spurs malam tadi.

Moving on up... ? Harry Kane is now joint-third in the all-time Premier League goalscorer standings! ? pic.twitter.com/r5CZmiLTSe

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia masih terlalu jauh, itu sudah pasti, tetapi saya masih cergas, saya rasa saya masih ada banyak tahun-tahun mendatang," kata Kane kepada Sky Sports mengenai rekod Shearer.
"Saya mahu menjaringkan banyak gol setiap musim, saya mahu sebaris dengan nama-nama itu dan saya teruja dengan cabarannya.
"Alan dan Wayne adalah dua penyerang terbaik yang pernah dimiliki England, jadi untuk berada dalam kategori yang sama dengan mereka amat baik buat saya.
"Tetapi sudah pasti saya mahu mendorong diri saya, melihat sejauh mana saya boleh pergi dan setakat ini, ia satu permulaan musim yang baik," katanya.
#bola sepak #Wayne Rooney #Tottenham Hotspur #Harry Kane #Alan Shearer #Liga Perdana Inggeris