Kami hanya miliki empat, lima pemain utama -- Guardiola berang jadual padat Man City

Ammar Hakim
December 18, 2022 03:07 MYT
Pep Guardiola menjelaskan dia tidak berpuas hati dengan jadual padat Manchester City selepas tamat Piala Dunia Qatar.
City menewaskan Girona 2-0 dalam perlawanan persahabatan semalam, dengan Kevin De Bruyne dan Erling Haaland menghasilkan jaringan.
Gandingan itu adalah dua daripada empat pemain luar antara pemain tetap pasukan utama City, bersama Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan, yang memulakan perlawanan.
Penjaga gol simpanan, Stefan Ortega, dan bek kiri pelapis, Sergio Gomez, turut beraksi tetapi seluruh skuad itu terdiri daripada pemain akademi.
City berdepan Liverpool dalam pusingan 16 terakhir Piala EFL Khamis hadapan, sebelum menentang Leeds United dan Everton masing-masing pada 28 dan 31 Disember dalam Liga Perdana Inggeris, dan Guardiola mendakwa dia masih belum mempunyai pemain yang mencukupi untuk membuat persediaan bagi senarai perlawanan pada musim perayaan itu.
“Kami mempunyai empat pemain-lima pemain,” kata Guardiola kepada saluran media rasmi City.
"Kami perlu melihat bagaimana mereka kembali (dari Qatar). Kami tidak mempunyai pemain. Penganjur saingan bola sepak Inggeris membuat jadual ini jadi kami perlu menghadapinya."

Haaland and De Bruyne's goals helped us secure today's win over Girona! ?Here's how it happened ⤵️ pic.twitter.com/lLyNQFiyJW

— Manchester City (@ManCity) December 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester City #Pep Guardiola #Piala Dunia Qatar