Kakitangan Man Utd diberhentikan secara besar-besaran?

Najmi Iman
May 30, 2024 11:10 MYT
Kakitangan yang tiada kaitan mengenai bola sepak di Manchester United dijemput untuk memberikan jawapan mengenai hala tuju pekerjaan masing-masing melalui emel, semalam.
Juara Piala FA Inggeris itu memberikan masa selama tujuh hari untuk membuat keputusan sukar samaada mereka ingin meneruskan kerjaya di situ atau tidak.
Tawaran tersebut sedikit sebanyak memberikan impak yang berbeza kepada sedang bekerja di pusat latihan Carrington, Manchester.
Berikutan berita itu, pekerja di situ menganggap pihak pengurusan mahu mengurangkan jumlah pekerja dan ingin menjimatkan kewangan walaupun kelihatan seperti program pemberhentian secara sukarela.
Jika mereka tidak memutuskan sebarang jawapan, maka ia dianggarkan sebagai perletakan jawatan secara serta merta.

Manchester United’s entire non-football staff have been invited to take redundancy in an email sent across the club on Tuesday afternoon, according to The Athletic ?

— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini kerana, pemilik dari Ineos, Jim Ratcliffe, mendakwa The Red Devils mengalami kerugian hampir 42juta pound daripada keseluruhan operasi.
Lebih daripada 1000 pekerja akan diberhentikan demi memenuhi syarat kewangan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA), selain mahu memantapkan pasukan bermula musim depan.
#bola sepak #Manchester United