Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak

Ammar Hakim
November 15, 2024 07:59 MYT
Juventus dan Paul Pogba telah bersetuju untuk mencapai persetujuan untuk membatalkan kontrak pemain tengah itu selepas dia digantung kerana gagal dalam ujian doping.
Pemain berusia 31 tahun itu bakal melengkapkan penggantungannya pada bulan Mac selepas diuji positif DHEA pada September 2023, bahan yang digunakan untuk meningkatkan tahap testosteron dalam tubuh badan.
Dia pada asalanya digantung selama empat tahun, namun hukumannya telah disingkatkan kepada 18 months oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada bulan Oktober.
Di sebalik pengurangan itu, pengarah sukan Juventus, Cristiano Giuntoli, menolak peluang Pogba kembali mewakili Bianconeri, dan dia kini telah dilepaskan oleh kelab tersebut.
Pogba memiliki kontrak bersama Juventus sehingga Jun 2026, tetapi kini bakal berlatih di Miami dengan harapan untuk mendapatkan kelab baru sebelum penggantungannya berakhir.
"Kelab ini mendoakan yang terbaik untuk Paul untuk masa depan profesionalnya," kata Juventus dalam satu kenyataan.

Club statement ➡️ https://t.co/y0kszWLomR pic.twitter.com/HA1u20kvPW

— JuventusFC ???? (@juventusfcen) November 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pogba menambah dalam kenyataannya sendiri: "Ia adalah satu keistimewaan untuk menyarung jersi Bianconeri dan berkongsi banyak detik istimewa bersama.
"Saya menghargai kenangan yang kita buat. Ia akan kekal buat selamanya.
“Walaupun dalam detik paling sukar sepanjang tahun lalu, sokongan anda amat penting dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat Juve di seluruh dunia atas belas kasihan mereka.
"Saya menantikan babak seterusnya dalam karier saya dan untuk melangkah keluar ke padang bersama kelab saya yang seterusnya."
#Manchester United #Juventus #Paul Pogba
;