Shaiful Shamsudin
Sat Feb 04 2023

Jurgen Klopp keliru bagaimana Chelsea boleh berbelanja selepas The Blues membawa masuk lapan pemain dalam jendela perpindahan bulan lalu.
Chelsea menandatangani pemenang Piala Dunia, Enzo Fernandez, daripada Benfica dengan bayaran perpindahan termahal Britain sebanyak £106.8 juta (RM459.8j), Selasa lalu, untuk berbelanja melebihi £300j (RM1.5 bilion) dalam tempoh sebulan.
Malah, Chelsea turut mengikat Mykhaylo Mudryk, Benoit Badiashile, Andrey Santos, Noni Madueke, David Datro Fofana termasuk Malo Gusto yang akan menghabiskan baki musim ini dipinjamkan ke Lyon.
Joao Felix juga diikat secara pinjaman daripada Atletico Madrid ketika Chelsea menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL), lantas pemilik bersama kelab itu, Todd Boehly, menawarkan pengurus tersebut lebih ramai pilihan pemain bagi melunaskan hajat menguasai kelompok empat teratas.
Sebaliknya, Liverpool kendalian Klopp -- yang turut bergelut di tangga kesembilan dan dipisahkan dengan The Blues menerusi perbezaan gol -- sekadar membawa masuk seorang pemain, iaitu Cody Gakpo daripada PSV dengan bayaran awal yang dilaporkan sekitar £37j (RM189.8j).
Klopp yang keliru bagaimana Chelsea boleh dibenarkan melabur tanpa terikat dengan Peraturan Kewangan Seimbang (FFP) memberitahu pemberita: "Saya tidak faham apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Ia melibatkan jumlah dana yang besar.
"Saya tidak faham bagaimana ia boleh berlaku tetapi jelas ia bukan terpulang kepada saya untuk menerangkan cara ia berfungsi."
Ketika ditanya pandangan peribadinya mengenai urus niaga seteru mereka itu, pengurus Liverpool tersebut bergurau: "Saya tidak akan berkata apa-apa tanpa peguam saya."

EPL: Potter optimis rentak Chelsea kian menjadi
Graham Potter berasakan Chelsea telah menunjukkan kemajuan di bawah pengurusannya tetapi mengakui masih ada tugas yang perlu dilakukan demi melihat The Blues kembali ke puncak.

Simms gembira sumbat gol sulung saingan EPL
Ellis Simms teruja di sebalik memperoleh mata berharga untuk Everton selepas gol pertama penyerang Liga Perdana Inggeris itu memperoleh keputusan seri 2-2 di Chelsea, aksi cemerlang yang turut mendapat pujian daripada Sean Dyche.

EPL: Potter puji Chelsea selepas raih tiga kemenangan berturut-turut
Graham Potter percaya minggu cemerlang yang dilalui Chelsea telah menunjukkan perkembangan pasukan itu selepas mereka menewaskan Leicester City 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.

EPL: Magis Havertz, Kovacic tutup minggu cemerlang Chelsea dengan atasi Leicester
Chelsea menutup satu minggu yang luar biasa dengan penuh bergaya apabila mempamerkan aksi menghiburkan untuk menewaskan Leicester City 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power lewat malam tadi.

EPL: James tidak sertai Chelsea ke Leicester tapi Kante mungkin kembali minggu depan
Reece James akan terlepas kunjungan Chelsea ke laman Leicester City malam ini kerana masalah kesihatan tetapi pengurus pasukan itu, Graham Potter, berharap N'Golo Kante dapat kembali beraksi minggu depan selepas berehat panjang.

Chelsea di landasan tepat -- Enzo Fernandez
Chelsea berada di landasan yang betul di bawah kendalian Graham Potter, kata Enzo Fernandez selepas mereka mengesahkan tempat suku akhir Liga Juara-Juara mengatasi Borussia Dortmund.

Potter laung 'malam istimewa' buat Chelsea
Ketua jurulatih Chelsea, Graham Potter memuji suasana 'malam istimewa' di Stamford Bridge ketika Chelsea menewaskan Borussia Dortmund 2-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara.

UCL: Sterling, Havertz lengkapkan kebangkitan Chelsea
Chelsea melengkapkan kebangkitan dalam aksi timbal balik di Stamford Bridge untuk mengesahkan tempat mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0 awal pagi tadi dalam perlawanan kedua pusingan 16 dengan kemenangan 2-1 secara agregat.

UCL: Terzic seru Jude Bellingham tunjuk belang singkir Chelsea
Dortmund menuju ke Stamford Bridge untuk perlawanan timbal balik pusingan 16 UEFA dengan kelebihan 1-0 selepas jaringan Karim Adeyemi dalam separuh masa kedua memisahkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan pertama.

Pentas UCL penentu masa depan Joao Felix di Chelsea
Joao Felix memberi isyarat bahawa masa depannya di Chelsea bergantung kepada tiket Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Rahm knocked out by Horschel at WGC Match Play as Scheffler and McIlroy progress
Second seed Jon Rahm failed to card one birdie in his final group match, confirming his premature exit with Billy Horschel progressing.

Koeman 'expected more from everyone' after France ruin Netherlands return
Goals from Antoine Griezmann, Dayot Upamecano and Kylian Mbappe (two) gave France a convincing win against the Netherlands.

Wallace holds Corales Puntacana lead as he chases maiden PGA Tour triumph
Matt Wallace rose to the top of the leaderboard after a bogey-free second round, but Sam Stevens and Wyndham Clark lead the challengers.

Deschamps denies captaincy grief as Griezmann links with Mbappe to down the Netherlands
Antoine Griezmann and Kylian Mbappe put any differences behind them as they linked up to give France a second-minute lead.

Tedesco expects more from Belgium despite sweeping aside Sweden
Romelu Lukaku's treble ensured Domenico Tedesco's Belgium reign got off to a great start, but the head coach insists there is room for more.

Modric reaffirms commitment to Madrid amid links to Ronaldo's Al Nassr
Real Madrid midfielder Luka Modric is out of contract at the end of the season, but he is hoping to stay with the LaLiga giants.

France 4-0 Netherlands: Mbappe leads to way to ruin Koeman's comeback
Kylian Mbappe and Antoine Griezmann put their captaincy battle behind them to help France to a comfortable win over the Netherlands.

Sweden 0-3 Belgium: Lukaku hat-trick gets Tedesco tenure off to flying start
In their first game since December's World Cup exit, Belgium were comfortable 3-0 winners over Sweden in Friday's Euro 2024 qualifier.

Doncic fined $35,000 for money gesture directed at officials
A frustrating game for the Mavericks saw them lose to the Warriors after what they deemed to be an incorrect referee call.

Yaya Toure confident of managerial opportunities despite Vieira sacking
The recent dismissal of Patrick Vieira by Crystal Palace means there are no black managers in the Premier League.