Jurang Newcastle-Manchester City kian mengecil
Shaiful Shamsudin
March 4, 2023 07:44 MYT
March 4, 2023 07:44 MYT
MAN CITY 2 NEWCASTLE 0
Eddie Howe sedar Newcastle United masih mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan dalam usaha mengejar reputasi Manchester City tetapi percaya tiada lagi jurang ketara di antara pasukan mereka.
Newcastle ditundukkan 0-2 di Stadium Etihad malam tadi yang merupakan kekalahan ke-14 berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL) malah tidak pernah menang di venue itu.
Begitupun, skuad kendalian Howe itu -- yang seri 3-3 dengan City di tempat sendiri -– mempunyai peluang menarik dari jarak dekat terutama menerusi Callum Wilson dan Joelinton yang kedua-duanya meliar.
Di mata pengurus Newcastle itu, ia adalah jauh lebih baik berbanding kunjungan mereka Mei tahun lalu yang menyaksikan City menang bergaya 5-0.
City juga menewaskan Newcastle 4-0 di St James' Park kurang sebulan dalam tempoh perkhidmatan Howe pada Disember 2021.
“Ada perkara untuk kita renungkan, kami hanya memberikan peluang minimum buat City pada hari ini,” katanya selepas gol Phil Foden dan Bernardo Silva itu menewaskan pasukannya.
Thank you for your support at the Etihad this afternoon. ?⚫️⚪️ pic.twitter.com/r5PcGHr9EC
— Newcastle United FC (@NUFC) March 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya fikir kami mengekang mereka. Mereka pasukan bertaraf dunia, jadi mereka akan sentiasa mempunyai peluang tetapi saya fikir kami meminimumkan ancaman mereka.
“Persembahan kami dalam kekalahan kepada Liverpool, Manchester United dan City secara umumnya sangat bagus.
"Apabila kami bertandang ke mari tahun lalu, keputusannya buruk dan anda dapat saksikan jurang sebenar di antara pasukan. Saya tidak fikir itu berulang lagi musim ini.
"Kami masih perlu bekerja keras untuk mendekati Manchester City."