Shaiful Shamsudin
Fri Jul 08 2022
Julian Alvarez mendedahkan bahawa dia telah pun menyerap banyak maklumat mengenai Manchester City daripada legenda kelab itu, Sergio Aguero, sebaik membuat perpindahan rasmi selepas perlawanan terakhirnya bersama River Plate.
Penyerang Argentina itu menandatangani perjanjian lima tahun setengah bersama City pada Januari lalu dengan bayaran £14 juta (RM74.5j) tetapi kekal memperkuatkan River secara pinjaman.
Perpindahan Alvarez selesai sejurus River kecundang kepada Velez Sarsfield dengan agregat 0-1 dalam pusingan 16 Copa Libertadores.
Pemain berusia 22 tahun itu menarik perhatian beberapa gergasi Eropah selepas meledak 53 gol selain menghasilkan 31 bantuan jaringan dalam 120 penampilan untuk River.
Dia berhasrat mengikut jejak rakan senegaranya itu yang muncul sebagai penjaring terbanyak kelab dengan 257 gol.
"Kita semua tahu betapa pentingnya Kun (Aguero) buat Manchester City bahkan untuk dunia juga. Malah, sebagai pemain kelab dan pasukan kebangsaan Argentina juga," katanya -- yang akan memakai jersi nombor 19 -- di laman sesawang.
“Saya berpeluang untuk bercakap dengannya dan dia berkongsi banyak maklumat mengenai bandar ini, rakan sepasukan dan Manchester City secara umumnya.
“Saya juga sempat bercakap dengan Willy Caballero dan Nicolas Otamendi kerana kami adalah rakan dalam pasukan kebangsaan.
"Saya sangat teruja dengan cabaran yang akan datang dan saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada kelab ini."
EPL: Kami tewas sekali lagi -- Kata Pep Guardiola kecewa
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mengakui pasukannya itu memerlukan perubahan segera selepas mereka tewas 1-2 kepada Brighton sekali gus menjadi kekalahan keempat berturut-turut The Citizens.
EPL: Pep Guardiola, Manchester City berisiko tewas empat kali berturut-turut
Pep Guardiola berdepan kemungkinan tewas dalam empat perlawanan berturut-turut buat kali pertama sepanjang kariernya tetapi dia yakin Manchester City tidak memerlukan tonik tambahan untuk memastikan perkara itu tidak berlaku. Ketiga-tiga kekalahan City baru-baru ini adalah dalam kejohanan berbeza dimana mereka mula tewas berdepan Tottenham dalam p
UCL: Bakal pengurus United belasah City, Gyokeres terbukti lebih handal daripada Haaland
Ruben Amorim menandakan perlawanan terakhirnya bersama Sporting CP dengan cukup bergaya apabila Victor Gyokeres menjaringkan hatrik ketika membelasah Manchester City 4-1 di Lisbon awal pagi tadi.
Maaf, saya tidak boleh guna Bahasa Inggeris ketika ini -- Ruben Amorim
Ruben Amorim terlibat dengan satu perbualan canggung bersama wartawan Sky Sports, Gary Cotterill, sewaktu sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di antara Sporting CP dan Manchester City awal pagi esok.
Gyokeres lebih hebat ketimbang Haaland -- Kapten Sporting
Kapten Sporting CP, Morten Hjulmand, menganggap rakan sepasukannya, Viktor Gyokeres, sebagai penyerang yang lebih hebat berbanding Erling Haaland menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Manchester City di Lisbon awal pagi esok.
City tidak mampu tangani Bournemouth -- Guardiola
Pep Guardiola mengakui Manchester City 'tidak dapat menangani' intensiti Bournemouth selepas tewas 2-1.
Guardiola tersakiti tanpa De Bruyne menjelang kunjungan ke Bournemouth
Pep Guardiola mendedahkan Kevin De Bruyne tidak akan membuat penampilan sebelum rehat antarabangsa bulan ini ketika Manchester City membuat persiapan berkunjung ke Bournemouth esok.
Piala EFL: Pep Guardiola salahkan masalah kecederaan punca Manchester City tersingkir di tangan Spurs
Pep Guardiola mengakui Manchester City sedang berada di posisi sukar dengan masalah kecederaan selepas tewas 1-2 di tangan Tottenham Hotspur dalam perlawanan Piala EFL di laman lawan itu awal pagi tadi.
Terpulang kepada mereka nak boikot -- Pep Guardiola
Pep Guardiola memahami keputusan Real Madrid untuk memboikot Anugerah Ballon d'Or awal pagi semalam sambil berkata 'ia terpulang kepada mereka'.
Saya hanya budak biasa -- Kata Rodri selepas menang Ballon d'Or
Pemain tengah Manchester City, Rodri, menjadi pemain pertama yang memenangi Ballon d'Or semasa beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Cristiano Ronaldo pada 2008.
Juventus and Pogba agree to terminate contract
Pogba terminates Juventus contract
New Manchester United boss Amorim says he needs to win to be afforded time
Must win games to win time: Amorim
Unbeatable Samson and Tilak lead India to victory in Johannesburg
Samson and Tilak lead India to win
Sainz to team up with Williams for Abu Dhabi test
Carlos Sainz to test with Williams
'It's always personal' – Kolisi says South Africa highly motivated for England clash
Kolisi: Always personal for 'Boks
Archer, Root and Wood excluded from IPL auction list
Archer excluded from IPL auction
Bisseck signs Inter contract extension to 2029
Bisseck signs new Inter deal
ATP Finals: Perfect Zverev downs Alcaraz to reach semi-finals
ATP Finals: Zverev into final four
Ranieri turned down offers before Roma retirement U-turn
Ranieri turned down other offers
Van Nistelrooy wishes Man Utd success under Amorim
Van Nistelrooy wishes Man Utd well