Julang Gremio cabaran terbesar dalam karier Luis Suarez

Shaiful Shamsudin
January 6, 2023 03:11 MYT
Luis Suarez bersedia untuk apa yang dia rasa boleh menjadi cabaran terbesar dalam kariernya sebaik menyertai Gremio.
Suarez merupakan ejen bebas sebaik meninggalkan Nacional menjelang Piala Dunia di Qatar, di mana dia memulakan dua daripada tiga perlawanan Uruguay ketika mereka terkandas di peringkat kumpulan.
Bekas penggempur Liverpool, Barcelona dan Atletico Madrid itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Gremio -- yang memenangi promosi kembali ke liga utama Brazil selepas semusim dalam Serie B -- pada Malam Tahun Baru.
Ditanya sama ada menyertai Gremio mewakili cabaran terbesarnya, Suarez memberitahu saluran media kelab itu: "Boleh jadi, tetapi saya juga boleh membandingkannya ketika tempoh saya di Atletico Madrid.
“Saya memenangi liga bersama Atletico tatkala Real Madrid dan Barcelona mendominasi bola sepak di Sepanyol.

Quem mais ficou assim? ?? ?: @lucasuebel | Grêmio FBPA pic.twitter.com/lpsTYFiizQ

— Grêmio FBPA (@Gremio) January 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kali ini mungkin lebih sukar tetapi saya yakin kami mempunyai pasukan yang luar biasa dan jurulatih yang melakukan sesuatu dengan baik selain mempunyai pengaruh yang besar.
"Saya sentiasa gemarkan cabaran. Datang ke kelab ini yang mempunyai begitu banyak sejarah, kelab hebat di Brazil, ia akan sentiasa memberikan anda harapan.
“Untuk sebuah pasukan yang datang daripada Serie B dan ingin bertarung dengan yang terbaik dalam bola sepak Brazil adalah satu cabaran yang sangat bagus dalam usaha Gremio kembali ke tempat yang sepatutnya iaitu Copa Libertadores, untuk berjuang di kancah itu dan membentuk pasukan yang bagus."
#Luis Suarez #Gremio