Jota tinggalkan Celtic untuk sertai Al-Ittihad

Muzaffar Musa
July 4, 2023 11:06 MYT
Celtic mengesahkan bahawa pemain sayap Portugal, Jota, telah meninggalkan pasukan juara Scotland itu untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.
Pemain berusia 24 tahun itu mengikat kontrak tetap selepas dua tahun berkhidmat di Glasgow selepas setahun dipinjam daripada Benfica.
Jota membantu Celtic memenangi dua gelaran liga sepanjang bersama kelab itu, di mana dia menjaringkan 27 gol dalam kesemua kejohanan sepanjang dua musim berkenaan.
Dia kini mengikut jejak deretan pemain berprofil tinggi yang menyertai Saudi Pro League dan pemain ketiga ditandatangani Al-Ittihad musim panas ini selepas mendapatkan bekas bintang serangan Real Madrid, Karim Benzema, dan bekas pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante.
Celtic berkata dalam laman web rasmi mereka: "Sepanjang tempohnya di The Hoops, Jota telah memenangi dua gelaran liga selain meraih pingat kemenangan Piala Scotland dan Piala Liga.
"Semua di Kelab Bolasepak Celtic mengucapkan selamat maju jaya buat masa depan karier Jota."
#bola sepak #Celtic #Jota
;