Joselu kenang jasa Real Madrid menuju ke Liga Pro Saudi

Shaiful Shamsudin
June 29, 2024 01:21 MYT
Joselu mahu berterima kasih kepada Real Madrid atas segala pengalaman terindah sepanjang hidupnya sambil mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Santiago Bernabeu.
Los Blancos memilih untuk menandatangani penyerang Sepanyol itu secara tetap kelmarin setelah menghabiskan musim 2023-24 secara pinjaman dari Espanyol.
Bagaimanapun, 24 jam kemudian pemain berusia 34 tahun itu yang pernah bersama Madrid di antara 2009 dan 2012 diumumkan akan meninggalkan kelab itu buat kali kedua dengan menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Gharafa.
Walaupun sebahagian besarnya masuk sebagai pemain gantian, Joselu menyumbangkan 18 gol daripada 49 penampilan untuk skuad kendalian Carlo Ancelotti musim lalu, termasuk dua gol bagi memastikan kemenangan ke atas Bayern Munich dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL).

✨? #GraciasJoselu ?✨ pic.twitter.com/gMg846LKYB

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) June 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, dengan ketibaan Kylian Mbappe dan Endrick maka minit permainannya mungkin akan menjadi lebih terhad sekiranya dia kekal di Bernabeu.
"Terima kasih Real Madrid atas segala bantuan sepanjang hidup saya ini. Baik di luar mahupun di dalam dalam.
"Terima kasih atas semua pelajaran yang membentuk saya ketika kecil; terima kasih kerana memberikan saya banyak pengalaman yang hebat tetapi dalam masa sama tetap merendah diri."
#Real Madrid #LaLiga