Jose Luis Mendilibar pengurus ketiga Sevilla dalam tempoh 12 bulan

Shaiful Shamsudin
October 9, 2023 09:32 MYT
Sevilla mengambil tindakan drastik dengan memecat pengurus, Jose Luis Mendilibar.
Juara Liga Europa itu seri 2-2 dengan Rayo Vallecano dalam LaLiga, kelmarin, untuk meletakkan merek di tangga ke-14 dengan rekod dua kemenangan, dua seri dan empat kekalahan.
Mendilibar dilantik sejak Mac lalu tetapi menjadi pengurus ketiga kelab itu yang dipecat dalam tempoh 12 bulan.

ℹ️ José Luis Mendilibar has been relieved of his duties as #SevillaFC coach. Thank you for everything, José Luis.

— Sevilla FC (@SevillaFC_ENG) October 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain berusia 62 tahun itu membawa Sevilla menjarakkan diri daripada zon penyingkiran dengan menamatkan saingan di tangga ke-12 musim lalu dan menewaskan Roma yang di bawah pimpinan Jose Mourinho menerusi penentuan sepakan penalti pada Mei untuk merangkul kejuaraan Liga Europa ketujuh.
Sevilla perlu segera jalan penyelesaian sebelum bertandang ke Real Madrid dan melayani Arsenal dalam Liga Juara-Juara selepas rehat antarabangsa.
#Sevilla #LaLiga #Jose Luis Mendilibar
;