BURNLEY 0 MAN UTD 1

Erik ten Hag memuji peranan besar Jonny Evans selepas pertahanan itu diserapkan ke dalam kesebelasan utama dan membantu Manchester United menang 1-0 di Burnley, awal pagi tadi.

Pemain berusia 35 tahun itu membarisi kesebelasan pertamanya untuk kelab itu sejak 2015 dan membantu memastikan rekod tanpa bolos yang amat ditagih sambil meletakkan Bruno Fernandes meledak gol tunggal perlawanan selepas tandukan awal diketepikan ditepis.

Evans kembali ke Old Trafford sebaik dibebaskan oleh Leicester, dan pengurusnya berkata: “Kami mempunyai masalah ketika ini atas faktor kecederaan, keputusan dan kita semua telah melihat contohnya.

“Kami sangat gembira mempunyai pemain seperti Jonny Evans di dalam skuad ini. Dia masuk dan mempamerkan ketenangan, dia mempunyai perwatakan dan set kemahiran yang baik. Walaupun anda menghadapi masalah, anda masih boleh bangkit dan menonjolkan karakter untuk melakukannya.





“Pada musim panas lalu, saya terdengar dia akan berlatih dengan pemain B-23 jadi saya berkata mengarahkan Pengarah Teknikal, Darren Fletcher, untuk menyerapkannya dalam pasukan utama kerana dia mungkin dia boleh menawarkan bantuan.

“Saya sudah melihat jadual kami ketika pra-musim, kami berdepan pilihan pemain. Kami memutuskan untuk menandatanganinya kerana saya fikir dia benar-benar mampu menyumbang dan hari ini anda dapat melihat betapa pentingnya kelibatnya."



Jaringan voli Fernandes itu terhasil melalui gerakan Evans pada detik dan Ten Hag sedar United tidak mampu untuk tergelincir lagi selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut.

“Perlawanan ini harus dimenangi dan kami menyedarinya,” kata pengurus dari Belanda itu lagi.

“Anak buah saya bertindak balas di atas padang. Kami bersatu hati di bilik persalinan. Ia adalah persembahan sepasukan.”