Jika Azizulhasni belum mahu bersara, saya sentiasa di sisinya sebagai jurulatih -- John Beasley

Muzaffar Musa
August 15, 2024 12:26 MYT
Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley, bersedia untuk terus melatih Datuk Azizulhasni awal seandainya Olimpian lima kali negara itu memilih untuk tidak bersara.
The Pocket Rocketman mengumumkan persaraannya sebaik tamat saingan Sukan Olimpik Paris 2024 minggu lalu.
Beasley dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, berkata ia mungkin bukan satu pengakhiran buat karier Azizulhasni seandainya dia memilih untuk mencuba sekali lagi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Saya bermula dengannya pada awal mula kariernya dan saya menamatkannya pada ketika kita fikir ia merupakan penamat kariernya," katanya.
"Tetapi ia mungkin bukan penamatnya. Jika dia memilih untuk keluar daripada persaraan, saya akan sentiasa berada di sampingnya.
"Peranan saya adalah untuk menyokong semua yang berada dalam program kami.
"Dia seperti anak saya dan sudah pasti saya akan melakukan segalanya untuk membantunya," katanya.
Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini di Astro Arena HD saluran 801.

"Jika dia (Datuk Azizulhasni) tidak mahu bersara, saya akan tetap berada di sisi dia sebagai jurulatih" - John Beasley Berita selanjutnya di Nadi Arena@ASTROARENA pic.twitter.com/RF6641GLqw

— Kamal Nizam (@kamalnizamm) August 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Azizulhasni Awang #John Beasley #Berbasikal trek