Kenapa Gundogan hero? Kenapa bukan Robert Lewandowski atau Pedri?

Ini sudah pasti melihat kepada prestasi mantap ditampilkan Gundogan dalam kunjungan Barcelona ke laman Alaves dengan skuad Catalan itu berjaya raih kemenangan 3-1 pada Ahad.

“Lewandowski tak perform ke?” sindir mak cik Salmah yang sempat menonton siaran langsung aksi ini di saluran Bein Sports ketika sibuk menyiapkan juadah untuk berniaga –- Mak Cik, Lewandowski tak menghampakan juga! Jangan risau.

Lewandowski berjaya membuka tirai jaringan hasil kerjasamanya dengan Gundogan pada minit ke-22, sebelum Gundogan dengan aksi bertenaganya berjaya meledak masuk jaringan kedua pelawat.

Bintang baru Barcelona, Vitor Roque, juga cipta sensasi apabila tambah koleksi gol peribadi keduanya dalam saingan La Liga untuk Barca di depan 3-1, namun kesilapan Roque pada minit ke-72 membawa padah selepas dilayangkan kad merah, namun mujur tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan pelawat di sebalik kekurangan seorang pemain Barcelona. Kalau tak naya!