Jelajah Trofi ASEAN Mitsubishi Electric Cup: Amri 'teringin' kembali sarung jersi Harimau Malaya

Ammar Hakim
October 12, 2024 19:44 MYT
'Macam kena main balik', bekas penyerang negara, Amri Yahyah, berseloroh ketika berkongsi mengenai bahang kehangatan piala asean sempena Jelajah Trofi ASEAN Mitsubishi Electric Cup di Shah Alam hari ini.
"Perasaan itu ada, tetapi biarlah ia jadi kenangan," kata Amri.
"Saya berharap Malaysia mampu menjuarai gelaran ini bagi saingan edisi kali ini."
Amri yang bersama Norshahrul Idlan Talaha dan Mahali Jasuli, memberikan pandangan berbeza berhubung barisan pemain yang perlu dihantar ke kejohanan itu, sama ada senior atau bawah 23 tahun.
"Malaysia memiliki kelompok pemain yang besar dan berkualiti. Pihak kejurulatihan boleh mendapatkan pemain yang tidak bermain di ACLE dan ACL2," kata Norshahrul.
"Saya berpandangan membawa skuad Bawah 23 tahun adalah pilihan yang terbaik jika ketika saingan Liga Super sedang berlangsung," kata Mahali.

Trofi Piala ASEAN kini di AEON Mall Shah Alam, diserikan dengan anggota emas skuad Piala AFF 2010 Matyo, Amri Yahyah dan Mahali Jasuli! ?@ASTROARENA pic.twitter.com/QILebv1mwf

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Malaysia #ASEAN Mitsubishi Electric Cup
;