JDT uji kekuatan di Sepanyol


March 14, 2024 23:23 MYT
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjalani kempen pramusim di Sepanyol bermula dari 14 hingga 30 April depan.
Malah, Harimau Selatan kendalian Héctor Bidoglio akan mengadakan tujuh perlawanan persahabatan dalam tempoh dua minggu sepanjang siri jelajah tersebut.
“Skuad Harimau Selatan akan berpangkalan di Pusat Bola Sepak Melia Villaitana, Benidorm, Alicante.
“Susulan kejayaan kempen pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sebelum ini, JDT teruja untuk menghadapi cabaran baharu di Sepanyol sebagai persiapan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/25,” menurut JDT dalam hantaran di laman media sosial kelab itu pada Khamis.
Harimau Selatan mencipta sejarah baharu dengan melakar hatrik gelaran 'quadruple' selepas menyapu kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia pada musim 2022 dan 2023.
Saingan 2024/25, JDT akan beraksi dalam kejohanan peringkat Asia, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).-Sinar

JDT TO PRESEASON IN SPAIN FROM APRIL 14-30 Johor Darul Ta'zim FC (JDT) will embark on preseason in Spain from April 14 to 30 with seven friendly matches lined-up during the two weeks. The Southern Tigers will be based at Melia Villaitana Football Center in the Benidorm… pic.twitter.com/A0dvxxKohk

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#liga super #johor darul ta'zim #JDT #Sepanyol