Javi Gracia ikat kontrak fleksibel bersama Leeds United

Shaiful Shamsudin
February 22, 2023 01:30 MYT
Leeds United beralih arah kepada bekas pengurus Watford, Javi Gracia, dalam usaha mengelak tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan tawaran kontrak fleksibel.
Leeds berdepan kemelut dalam usaha mereka untuk menggantikan Jesse Marsch sejak memecat pengendali dari Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini, malah tawaran ke atas pengurus Rayo Vallecano, Andoni Iraola, juga tidak kesampaian.
Dalam masa sama, Arne Slot yang sedang menerajui Feyenoord juga menolak minat itu, sekali gus menyaksikan Michael Skubala bertindak sebagai jurulatih sementara dalam tiga perlawanan terakhir.
Keputusan buruk di Goodison Park itu meletakkan Leeds kini dua mata untuk terperosok di tangga ke -19, lantas menuntut penyelesaian segera daripada Gracia ketika berdepan Southampton, Sabtu ini.

? #LUFC is delighted to announce the club have agreed terms with Javi Gracia to become head coach, subject to obtaining a work permit

— Leeds United (@LUFC) February 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut satu kenyataan Leeds, pelantikannya dan penglibatan menjelang perlawanan itu tertakluk kepada kelulusan permit kerja.
Perjanjian samar-samar Gracia itu memberi isyarat bahawa Leeds masih menilai sasaran utama mereka dalam masa terdekat.
Gracia memacu Watford ke perlawanan akhir Piala FA sebelum tewas kepada Manchester City dan membantu kelab itu menduduki tempat ke-11 selepas ketibaannya pada Januari 2018.
Dalam tugasan terakhirnya, dia memenangi Liga Qatar Stars bersama Al Sadd.
#Leeds United #Javi Gracia