Jaringan lewat Iwobi pastikan United 'merana' di Old Trafford

Ammar Hakim
February 25, 2024 08:06 MYT
Jaringan lewat Alex Iwobi dalam masa kecederaan memastikan Fulham melakar kemenangan 2-1 ke atas Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.
Bekas pemain tengah Everton dan Arsenal itu melengkapkan serangan balas pada minit ketujuh masa kecederaan beberapa minit selepas Harry Maguire kelihatan hampir mendapatkan satu mata buat tuan rumah.
Maguire menampan masuk bola ke gawang lawan pada minit ke-89, menafikan jaringan pembukaan Cal Bassey pada minit ke-65.
United kelihatan penuh bersemangat dalam usaha mendapatkan kemenangan namun mereka dihukum oleh Iwobi, yang memastikan kemenangan pertama pelawat di Old Trafford sejak 2003.

Manchester United have lost 10 PL games in a season for just the fifth time ?❌ pic.twitter.com/xWnSucIDPQ

— LiveScore (@livescore) February 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Fulham #EPL #Liga Perdana Inggeris #Alex Iwobi