Jarang-jarang berlaku, Manchester United kalah tapi penyokong Liverpool kecewa

Daeng Dhadyry
March 4, 2024 15:46 MYT
Manchester United tewas 1-3 kepada Manchester City lewat malam tadi biarpun Marcus Rashford buka tirai jaringan buat the Red Devils.

Defeat in M11. #MUFC || #MCIMUN

— Manchester United (@ManUtd) March 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan ini menyaksikan kelebihan empat mata dimiliki Liverpool selepas anak buah Jurgen Klopp menewaskan Nottingham Forest berkurangan hanya kepada satu mata sekaligus sudah pasti beri sedikit kekecewaaan buat semua penyokong Liverpool di seluruh pelosok dunia.

Is this the greatest title race we've ever seen? ? pic.twitter.com/hn1uNuOxnF

— Premier League (@premierleague) March 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini bermakna Liverpool tiada pilihan lain selain harus menewaskan Manchester City di Anfield minggu depan dengan perlawanan yang dijadualkan bakal berlangsung pada jam 11.45 malam, Ahad depan untuk kembali mendapatkan kelebihan empat mata.
Untuk rekod, Liverpool terlepas gelaran liga musim 2021/22 dengan hanya perbezaan satu mata, iaitu Man City yang berjaya muncul juara dengan kutipan 93 mata.
#Manchester United #Liverpool #EPL