Jamie Vardy menyerlah ketika Leicester atasi kelab zaman kanak-kanaknya
Syen Yeoh
February 14, 2024 14:32 MYT
February 14, 2024 14:32 MYT
Leicester mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Kejuaraan apabila ketua pasukan, Jamie Vardy, menjaringkan gol menentang kelab zaman kanak-kanaknya dengan kemenangan 2-0 ke atas Sheffield Wednesday di Stadium King Power.
Pasukan Enzo Maresca itu telah memenangi perlawanan dalam separuh masa pertama dan kini 14 mata di atas pasukan di tangga ketiga, Southampton, yang semakin menghampiri kenaikan ke Liga Perdana.
Vardy, yang dilepaskan oleh Owls susulan terlalu kecil semasa remaja, juga terlibat dalam membantu gol pembukaan Abdul Fatawu selepas empat minit.
Vardy memulakan perlawanan buat pertama kali dalam lebih daripada dua bulan dan secara kebetulan, perlawanan liga terakhir yang dia beraksi dari awal adalah ketika menentang Wednesday.
Tetapi ini adalah persembahan pasukan yang sebenar dengan ancaman dari seluruh padang dalam aksi cemerlang menentang pasukan Danny Rohl itu, yang sedang bergelut.
Leicester mendahului awal selepas kecelaruan pertahanan lawan.
Hantaran dekat penjaga gol, James Beadle, meletakkan Will Vaulks yang berdekatan dengan Dennis Praet dalam kesukaran. Bola jatuh pada Kieran Dewsbury Hall yang mahu melakukan hantaran lintang kepada Vardy, namun lariannya menyebabkan hantaran terus kepada Fatawu yang menjaringkan gol ke gawang kosong.
Wednesday bergelut berdepan gaya permainan licik Leicester dengan Harry Winks, Vardy dan Dewsbury-Hall semuanya menyebabkan masalah.
Pada setengah jam, Dewsbury-Hall melakukan hantaran lintang yang hanya dapat dicungkil oleh pemain pertahanan, Wout Faes, melepasi palang gol.
Tetapi Leicester memperluaskan keunggulan mereka pada sembilan minit sebelum separuh masa apabila hantaran jauh dari Faes menemui Dewbury-Hall dan di dengan baiknya membuka peluang untuk Vardy menjaringkan gol.
Ia adalah golnya yang ke-11 musim ini dan menjadikannya penjaring terbanyak Leicester.
Owls seketika mengancam untuk membalas apabila hantaran jauh Djeidi Gassama diselamatkan oleh penjaga gol Leicester, Mads Hermansen.
Pengganti Wednesday, Anthony Musaba, kemudian melakukan hantaran beberapa inci melepasi palang ketika perlawanan melebihi sejam.
Vardy menerima tepukan gemuruh apabila dia digantikan ketika berbaki 10 minit permainan.
Leicester dapat bermain pada minit akhir tanpa tekanan walaupun terdapat beberapa tanda yang memberangsangkan untuk Rohl dalam separuh masa kedua.