Ivan Toney: Jurulatih seperti tidak perlukan saya di sini
Ammar Hakim
February 11, 2024 09:09 MYT
February 11, 2024 09:09 MYT
Ivan Toney mengisytiharkan bahawa dia 'tidak mampu membuat kelab mahukan dirinya' selepas dia mendakwa dapat berasakan Thomas Frank tidak perlukan pemain sepertinya.
Penyerang Brentford itu memberikan ulasan tesrebut selepas menjaringkan gol ketika merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Wolves semalam.
Toney kini telah menjaringkan tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak tamat penggantungan lapan bulan ekoran berjudi.
Tanda soal masih lagi kekal mengenai di mana dia bakal beraksi musim hadapan dan pemain berusia 27 tahun itu tidak akan melanjutkan kontraknya bersama kelab di mana bakal berakhir tahun hadapan.
Dan baru-baru ini Frank meletakkan Arsenal dan Chelsea dalam keadaan berjaga-jaga dengan mengakui dia menjangka pemain skuad kebangsaan England itu akan dijual pada musim panas.
Bekas penyerang Newcastle itu bertindak balas terhadap pandangan pengurus kelahiran Denmark itu berikutan kemenangan di Molineux, di mana dia masih bimbang mengenai masa depannya.
Dia memberitahu BBC Sport, “Saya pemain Brentford pada masa ini, tiada siapa yang boleh meramalkan masa depan.
“Apa pun yang berlaku, berlaku tetapi fokus utama adalah untuk melakukannya dengan baik untuk Brentford, mengekalkan mereka dalam liga dan terus mendapatkan gol dan tiga mata.”
Diminta pandangannya mengenai komen Frank, dia berkata, "Saya melihat situasi ini dia seperti tidak perlukan saya.
“Pengurus telah mengatakan apa yang dia katakan tetapi saya tidak boleh membuat kelab datang dan mendapatkan saya.
“Saya hanya perlu terus melakukan apa yang saya lakukan dan itu adalah menjaringkan gol. Apa yang akan jadi akan jadi.”