Itu masalah pengurus baru pulihkan Chelsea, kata Frank Lampard
Shaiful Shamsudin
May 27, 2023 11:37 MYT
May 27, 2023 11:37 MYT
Frank Lampard berkata mengubah nasib Chelsea adalah menjadi masalah pengurus yang seterusnya tatkala dia bersedia untuk melepaskan jawatan sementaranya sejurus perlawanan menentang Newcastle, malam esok.
Musim malang pasukan itu mencapai fasa terendah dengan kekalahan 1-4 kepada Manchester United di Old Trafford semalam yang merupakan kekalahan kesembilan daripada 11 perlawanan sejak Lampard dilantik semula sementara waktu.
Jika keputusan tidak menyebelahi mereka pada hari terakhir, maka mereka bakal menduduki tempat ke-14 dan menyamai kedudukan terburuk mereka dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL).
Mereka sudah pun sah akan mengakhiri kempen ini dengan pungutan mata terendah selain jumlah gol paling sedikit dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Mauricio Pochettino dijangka akan dilantik sebagai pengurus tetap kelab yang seterusnya dalam beberapa hari akan datang dan dia berdepan cabaran awal dengan mengetepikan beberapa pemain selain menanam perpaduan jitu dalam pasukan yang kehilangan arah itu sejak Graham Potter dipecat, bulan lalu.
Chelsea hanya menang sekali dalam hampir tempoh dua bulan sejak Potter disingkirkan dalam bulan ketujuh dalam kontrak lima tahunnya.
Justeru, tugas untuk membentuk semula pasukan itu nampaknya semakin menggerunkan dengan setiap kekalahan.
Ia nyata sukar dijangkau Lampard dalam tempoh singkatnya kali ini dan ditanya sama ada pengurus yang akan datang akan berdepan tugas paling sukar berbanding mana-mana pengurus dalam tempoh 20 tahun yang lalu, dia berkata: “Ia satu tajuk yang bagus tetapi saya tidak tahu.
It ends in defeat for the Blues. #MunChe pic.twitter.com/MzgDMItmP6
— Chelsea FC (@ChelseaFC) May 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ia masih perlu dikaji, saya tidak mampu meramalkan masa depan.
“Saya fikir ia adalah satu kerja yang sukar memandangkan ia adalah Chelsea dan apabila saya mengemudi mereka buat kali pertama (pada 2019), saya mungkin berpeluang mengambil peranan ini memandangkan ramai pengurus berkelas tinggi tidak sudi ke mari, itulah hakikatnya.
“Saya menikmati proses itu dan saya seronok ke sini dan saya berharap pengurus baru akan berjaya.
“Saya tidak tahu. Saya rasa ini masalah dia -- adakah itu tajuk yang anda mahukan?”