Insiden rusuhan penyokong cemari aksi Persib Bandung vs Persija Jakarta


September 24, 2024 17:55 MYT
Perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Persib Bandung dan Persija Jakarta 'panas' dengan aksi rusuhan oleh para penyokong di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, semalam.
Perlawanan yang berkesudahan 2-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Persib Bandung dicemari aksi ganas penyokong yang merusuh ke dalam padang sejurus pengadil, Nazmi Nasaruddin meniupkan wisel penamat.
Dilaporkan keganasan tersebut turut melibatkan para penyokong ke atas pengawal stadium yang cuba untuk menenangkan keadaan yang semakin tidak terkawal. Ini memaksa polis Indonesia campur tangan dalam insiden tersebut sebelum menyaksikan penyokong yang merusuh bersurai dari kawasan padang.

?? Following last night's (23/9) Liga 1 Indonesia clash between Persib Bandung and Persija Jakarta, a violent confrontation broke out between the supporters of the two teams. pic.twitter.com/KjuTJSl1rI

— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) September 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perlawanan tersebut, Persija Jakarta terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Nazmi melayangkan kad merah kepada Firza Andika pada minit ke 28 setelah mengutip kad kuning kedua perlawanan.
Skuad kendalian Bojan Hodak berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan pertama Persib Bandung menerusi Dimas Drajad pada minit ke 38. Namun, pada minit ke 62, Persib pula terpaksa bermain dengan 10 orang setelah Marc Klok dilayangkan kad merah.
Sebelum perlawanan tamat, Persib menambah jaringan menjadikan kedudukan 2-0 menerusi Ryan Kurnia pada minit ke 82 untuk mengesahkan kemenangan ke atas Persija Jakarta.
Berikutan insiden tersebut, pengurusan kelab Persib Bandung mengeluarkan kenyataan mengecam sekeras-kerasnya aksi rusuhan yang berlaku dan tidak akan bertoleransi terhadap perkara tersebut selain mengharapkan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut.
#bola sepak #Persib Bandung #Persija Jakarta #Liga 1 Indonesia