Iniesta muncul pemilik bersama kelab divisyen ketiga Denmark
Shaiful Shamsudin
November 18, 2024 14:01 MYT
November 18, 2024 14:01 MYT
Bekas bintang Sepanyol dan Barcelona, Andres Iniesta, memilih untuk bertindak pemilik bersama kelab Denmark, Helsingor
Iniesta menerusi syarikat NSN mengadakan kerjasama dengan kumpulan pelaburan Switzerland, Stoneweg, percaya Helsingor yang kini menduduki tempat ketujuh dalam kalangan 12 pasukan divisyen ketiga Denmark itu mampu menjadi bahagian penting dalam bola sepak negara tersebut.
Jornadas intensas y bonitas con todo el equipo de @weare_NSN y Stoneweg en Dinamarca. Muy ilusionado de poder ayudar desde nuestra experiencia y conocimento al @fchelsingor. Vamos FCH ?? A great and intense days with the @wearensn and Stoneweg teams in Denmark. Very excited… pic.twitter.com/xSO5azVPzT
— Andrés Iniesta (@andresiniesta8) November 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Helsingor yang belum pernah beraksi dalam kancah utama turut melantik Quim Ramon --yang sebelum ini pernah bekerja dalam akademi remaja Barça sebagai pengarah sukan.
Dalam masa sama, wira ketika membantu Sepanyol menjulang Piala Dunia 2010 itu sedang menjalani kursus kejurulatihan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).