Ini rekod pertemuan Selangor bertemu JDT

Ammar Hakim
October 27, 2024 17:35 MYT
Menjelang aksi Liga Super yang melibatkan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor yang bakal berlangsung jam 8.15 malam ini, mari kita lihat rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan.
Dalam 50 perlawanan terakhir, Selangor memperoleh 14 kemenangan, JDT meraih 24 kemenangan manakala mereka terikat seri sebanyak 12 kali.
Keputusan terbesar menyaksikan JDT memperoleh kemenangan 6-1 ke atas Selangor ketika final Piala FA 24 Ogos lalu manakala kemenangan terbesar Selangor dirakamkan pada 27 November 2011 (5-1).
Dan selepas kali terakhir bertemu dua bulan lalu, mereka kembali berentap buat kali kedua musim ini, namun apa yang membezakan perlawanan malam ini adalah tiga mata menjadi buruan kedua-dua pasukan.
Lima perlawanan terakhir Selangor menyaksikan skuad Gergasi Merah meraih tiga kemenangan, seri dua kali dan tanpa tewas manakala JDT pula turut meraih tiga kemenangan, satu seri dan satu tewas.
Dengan berbaki beberapa jam lagi, Stadium MBPJ yang 'full house' bakal disajikan perlawanan yang menarik, pertemuan antara dua pasukan terbaik di Malaysia.
#liga super #bola sepak #JDT #Selangor
;