Ini insiden pergaduhan Arif Aiman-Tommy Mawat
Saufi Tahir
November 11, 2024 10:01 MYT
November 11, 2024 10:01 MYT
Perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan Perak mencuri tumpuan apabila terdapat insiden pertembungan antara Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada ketika penghujung perlawanan Liga Super 2024/2025.
Insiden di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu menyaksikan pengadil perlawanan melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pemain dengan aksi itu berakhir dengan kemenangan 5-0 buat Harimau Selatan.
Pertelingkahan diantara Arif Aiman & Tommy Mawat di hujung permainan! ?#DemiLigaKita #PRKJDT pic.twitter.com/bsO9qbzZaT
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, aksi di Stadium Perak pada 17 Ogos terpaksa ditangguhkan susulan cuaca buruk sebelum perkara sama turut terjadi pada 5 Oktober hingga menyebabkan aksi itu terpaksa dipinda ke tarikh baru sekali lagi.