Ini empat jangkaan pertemuan Manchester City lwn Arsenal

Ammar Hakim
September 21, 2024 16:30 MYT
Arsenal dijadualkan bertandang Stadium Etihad untuk menentang Manchester City, yang akan menjadi antara pertemuan paling sukar mereka musim ini.
Skuad kendalian Mikel Arteta berhempas-pulas untuk meraih kemenangan tipis ke atas Tottenham hujung minggu lalu, dan mereka akan menentang pasukan yang telah menafikan usaha mereka untuk memenangi Liga Perdana Inggeris sejak dua musim lalu.
Tanpa berlengah lagi, berikut adalah beberapa ramalan berani untuk Manchester City vs Arsenal.

Erling Braut Haaland dijangka gagal bolosi Arsenal

Kali terakhir Arsenal berkunjung ke Stadium Etihad untuk bertemu Manchester City, Haaland bergelut menghasilkan impak. Dia diasak secara konsisten oleh Gabriel dan William Saliba.
Di sebalik sembilan gol yang telah dihasilkan Haaland sejak permulaan musim, pemain kebangsaan Norway itu dijangka menemui jalan buntu ketika berdepan Arsenal esok.

Drama daripada pengadil

Ia telah disahkan Michael Oliver bakal menjadi watak meniup wisel apabila Arsenal berkunjung ke Stadium Etihad bertemu Manchester City. Kali terakhir Oliver mengadili perlawanan Arsenal bertemu Manchester City, dia gagal membuat keputusan yang tepat apabila Mateo Kovacic melakukan terjahan keras terhadap Martin Odegaard, dan sudah pasti lebih banyak drama daripada Oliver.

Bukayo Saka turut lewati aksi hambar

Saka merupakan bintang Arsenal yang cukup berpengaruh buat kelab, memimpin pasukan ketika melancarkan serangan. Bagaimanapun, Saka dijangka bergelut memainkan peranan penting dalam perlawanan ini dan bakal digantikan oleh Raheem Sterling.

Kevin de Bruyne bakal isi kesebelasan utama

Kevin de Bruyne turun dalam pertemuan pertengahan minggu dengan Internazionale dan digantikan oleh Ilkay Gundogan pada permulaan separuh masa kedua. Ia dipercayai pemain tersebut berdepan masalah kecederaan otot. Bagaimanapun, Pep Guardiola sudah pasti mahu memastikan kelibat pemain itu berada dalam pasukannya untuk memainkan peranan penting buat pasukan.
#Arsenal #Manchester City #Pep Guardiola #EPL #Mikel Arteta