Ings bantu Southampton benam Watford
Muzaffar Musa
June 29, 2020 10:57 MYT
June 29, 2020 10:57 MYT
Danny Ings menjaringkan dua gol ketika membantu Southampton menewaskan pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, Watford, 3-1 di Vicarage Road malam tadi.
Bekas penjaga gol skuad kebangsaan England, Ben Foster, turun dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang ke-100 secara berturut-turut tetapi dia tertipu dan gagal menyelamatkan gol kedua Ings sebelum James Ward-Prowse memastikan tiga mata penuh buat pasukannya melalui gol sepakan percuma.
Ings menyumbat masuk gol pertama Southampton pada minit ke-16 apabila melakukan percubaan leret dari jarak 20 ela yang melepasi kawalan Foster sebelum memintas hantaran penjaga gol veteran itu untuk menjaringkan gol kedua, yang sempat terbias ke badan Craig Dawson, pada minit ke-70.
Ia menyaksikan Ings merekodkan 18 gol musim ini, hanya ketinggalan satu gol di belakang pendahulu Anugerah Kasut Emas, Jamie Vardy.
Gol sendiri Jan Bednarek mengecilkan jurang jaringan itu pada minit ke-79 tetapi pakar situasi bola mati Southampton, Ward-Prowse, memastikan kemenangan itu menerusi sepakan percuma gemilang tiga minit berselang.
Kekalahan itu menyaksikan Watford kekal berada di tangga ke-16 dan hanya dibezakan satu mata daripada zon penyingkiran.
AT THE DOUBLE! [0-2] pic.twitter.com/UXkOkgB52i
— Southampton FC (@SouthamptonFC) June 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.