Perlawanan penutup Kumpulan H saingan Piala AFC melibatkan Sabah FC dan PSM Makkasar bakal berlangsung pada Khamis, 14 Disember jam 8.00 malam di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Sabah sudah melayakkan diri ke pusingan berikutnya susulan kejayaan melakar kemenangan 4-1 ke atas Hougang United di Stadium Jalan Besar tempohari.


Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee kini bakal mengharungi satu lagi perlawanan sebagai pelengkap jadual dan bakal membuat persiapan untuk saingan peringkat berikutnya.

Saksikan perlawanan ini secara langsung di Arena Bola saluran 803 dan Astro GO.