Perlawanan Piala AFC 2023/24 bagi saingan kumpulan H antara Hougang United dan Sabah bakal berlangsung pada tanggal 30 November, hari Khamis dengan sepak mula jam 8.00 malam.

Pendahulu kumpulan, Sabah sudah pasti dalam momentum terbaik di Piala AFC mahupun Liga Super, apabila kedua-dua perlawanan terakhir mereka dalam dua pertandingan ini berkesudahan dengan kemenangan memihak The Rhinos.

Juga berbekalkan pengalaman manis di Stadium Likas pada 21 September lalu, di mana anak buah Datuk Ong Kim Swee berjaya menewaskan wakil dari Singapura ini dengan keputusan 3-1 di mana Darren Lok muncul wira mencetak dua jaringan.

Perlawanan ini bakal disajikan kepada anda dan disiarkan secara langsung pada Khamis ini, bermula dengan pra rancangan jam 7.30 malam bersama Nafis 'Abang Botak', Safee Sali dan Razman Roslan.