Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga

Najmi Iman
October 24, 2024 20:27 MYT
Kemas kini terbaru ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Harimau Malaya menduduki tangga ke-133 dunia selepas mengharungi satu perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, minggu lalu.
Kekalahan kepada New Zealand mengakibatkan skuad kendalian Pau Marti Vicente kehilangan 3.72 mata dan sudah mengumpul sebanyak 1,113.92 mata secara keseluruhan.

Ranking Harimau Malaya | 24 Oktober 2024 Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 133 dunia, turun 1 anak tangga berbanding 132 pada kemas kini terdahulu, 19 September 2024. * Kemas kini seterusnya 28 November 2024#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/g44jOikJ9Y

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Indonesia pula berada di depan pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga berbanding catatan terdahulu kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China) dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.
Sang Garuda kini menjadi pasukan ke-3 terbaik Asia Tenggara di belakang Vietnam (119) dan Thailand (96) tatkala Malaysia berada di kedudukan keempat.
#bola sepak #Harimau Malaya #Indonesia
;