Ibrahimovic optimis miliki peranan besar untuk Milan

Ammar Hakim
February 27, 2023 13:00 MYT
Zlatan Ibrahimovic membandingkan dirinya dengan bintang bola keranjang, Nikola Jokic, selepas kembali pulih daripada kecederaan dalam kemenangan Milan ke atas Atalanta.
Penyerang veteran muncul pada separuh kedua dalam kemenangan 2-0 di San Siro, sebelum ini menjadi pengganti yang tidak diturunkan dalam tiga perlawanan bulan ini.
Dia melakar sejarah dengan mengatasi Alessandro Costacurta (41 tahun dan 25hari) sebagai pemain tertua Serie A buat Milan dalam era tiga mata setiap kemenangan (sejak 1993-94) pada 41 tahun dan 146 hari.
Walaupun pemain kebangsaan Sweden bakal berusia 42 tahun ini, dia masih berasakan dia mempunyai peranan besar untuk pasukan, seperti MVP NBA dua kali, Jokic untuk Denver Nuggets.
"Saya mahu membantu pasukan dalam setiap cara dengan melakukan apa yang perlu saya lakukan untuk berada di sana," katanya kepada Sky Sport. "Saya mahu berada di sana ketika jurulatih dan pasukan memerlukan saya.
"Ini perkara yang jelas berubah antara umur 30 dan 41, saya rasa seperti Jokic di NBA."
#Milan #Zlatan Ibrahimovic #Serie A
;