Ia adalah gol -- bos Ireland, O'Neill, kritik prestasi pengadil

Penulis Jemputan
June 12, 2017 09:00 MYT
REPUBLIK IRELAND 1 AUSTRIA 1
Martin O'Neill mengkritik keputusan pengadil, David Fernandez, kerana tidak membenarkan gol lewat daripada Shane Duffy ketika skuad Republik Ireland terikat 1-1 dengan Austria dalam aksi kelayakan Kumpulan D Piala Dunia.
Voli pada minit ke-85 daripada Jonathan Walters menghidupkan suasana di Stadium Aviva, di mana jaringan penyerang Stoke City itu membatalkan gol pembukaan Martin Hinteregger.
Duffy kelihatan merampas kemenangan dramatik menerusi tandukan jarak dekat tidak lama selepas itu, bagaimanapun, pengadil menafikannya kerana berlaku kekasaran terhadap pemain Austria sebelum bola melepasi garisan gol.
Tetapi O'Neill -- yang mengakui pasukannya beraksi di bawah tahap sebenar pada separuh pertama -- berkeras bahawa jaringan itu sepatutnya dikira.
"Kami sangat lemah pada separuh pertama dan kami sama sekali tidak menguasai perlawanan pada separuh pertama," kata O'Neill kepada RTE. "Kami mengaum pada separuh kedua.
"Saya melihat ulangan dan gol kedua itu perlu diambil kira. Ia adalah gol. Tidak ada apa yang salah mengenainya.
"Secara peribadi, saya fikir ia melambangkan prestasi pengadil. Dia membiarkan banyak perkara berlalu. Jika dia mengatakan Shane Duffy melakukan kekasaran, saya tidak dapat melihatnya.
"Penjaga garisan fikir dia telah memberikan gol dan dia hampir ke arah garisan tengah sebelum dia dipanggil kembali."
Gol Walters datang pada penghujung babak kedua dalam permainan tuan rumah yang lebih baik, tetapi penyerang itu meratapi aksi 45 minit pertama Ireland.
"Separuh masa pertama kami lambat," kata Walters kepada RTE. "Ia adalah bertentangan dengan apa yang kami katakan dan bertentangan dengan apa yang kami lakukan ketika menentang Uruguay.
"Kami masih belum tewas, kami masih berada dalam saingan. Ia ada turun naik dalam kelayakan tetapi kami masih di dalamnya."
Kemenangan Ireland -- sekurang-kurangnya buat sementara -- mengangkat mereka di tangga teratas Kumpulan D dengan 12 mata daripada enam perlawanan.
#Ireland Republic #Martin O'Neill #FIFA World Cup
;