Howe akui Newcastle perlukan magis Saint-Maximin
Ammar Hakim
September 18, 2022 16:47 MYT
September 18, 2022 16:47 MYT
Eddie Howe berkata Newcastle memerlukan 'keajaiban' Allan Saint-Maximin selepas menyaksikan rentak tanpa kemenangan pasukannya dalam aksi Liga Perdana Inggeris (English Premier League) meningkat kepada enam perlawanan selepas seri 1-1 dengan Bournemouth.
Howe menjelaskan Magpies kurang memberikan ancaman ketika menyerang selepas mereka terpaksa bergantung pada penalti Alexander Isak untuk menyelamatkan keputusan seri kelima musim ini selepas Philip Billing memberikan gol pendahuluan buat The Cherries .
Saint-Maximin telah diketepikan kerana kecederaan sejak akhir bulan lalu dan Howe mengakui betapa pentingnya pemain Perancis itu berusaha untuk pulih sepenuhnya sejurus tamat rehat antarabangsa.
"Saya berasakan terdapat lubang besar yang ditinggalkan Maxi dalam perlawananseperti hari ini, apabila anda bermain menentang lawan yang sukar dan anda memerlukan sedikit magis untuk membuka kunci pintu,” akui Howe.
“Anda tidak akan pernah menggantikan Allan jadi kami perlu mencari jalan berbeza. Saya masih percaya kami boleh menang dan menjadi pasukan yang sangat berkesan tanpa dia, cuma sangat berbeza.
“Tiada sesiapa seperti dia dalam Liga Perdana, dia seorang pemain yang sangat unik dan dia membawa hadiah kepada pasukan yang pada hari seperti hari ini anda meratapi kehadirannya, tetapi kami hanya perlu memperbaiki diri dan kami perlu menjadi lebih baik.”
#Newcastle United
#Eddie Howe
#EPL
#Bournemouth
#Liga Perdana Inggeris
#English Premier League
#Alexander Isak
#Allan Saint-Maximin